Kebangaan ILPDahareen
b. Ramli dilahirkan pada 28hb Februari 1978 di Segamat Johor. Dibesarkan dan menetap bersama keluarga tercinta di Ayer Molek, Melaka. Beliau merupakan anak yang kedua dari empat orang adik beradik dan anak kepada pasangan ideal En. Ramli b. Ali dan Pn. Dalilah bte Abdullah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ayer Molek dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Ayer Molek yang kemudiannya menyambungkan lagi pelajarannya di ILP Melaka didalam bidang Elektronik Perindustrian pada sessi 2/96.
Dengan berpegang teguh pada prinsipnya 'melaksanakan yang terbaik' mendorong beliau belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang pelatih yang cemerlang. Keistimewaan inilah yang telah berjaya meletakkan beliau sebagai wakil negara dalam 'The 3rd Asean Skills Competition' yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 1998 ini.
Pada peringkat awal beliau telah mendapat bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar yang berkesan dari En. Mohini b. Kamaruddin iaitu seorang pengajar ketukangan Elekronik Perindustrian yang dedikasi. Beliau telah memulakan langkah pertama diperingkat permulaan apabila berjaya melepasi Ujian Kelayakkan peringkat ILP yang melayakkan beliau memasuki Pertandingan Johan Kemahiran Jabatan Tenaga Rakyat dan beliau berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 500.00.
Kejayaan ini membolehkan beliau mewakili Jabatan Tenaga Rakyat ke Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia peringkat kebangsaan dalam kategori belia yang mana beliau telah berjaya menjadi Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5000.00.
Tugas beliau kini menjadi semakin berat. Dengan memenagi pertandingan ini melayakkan beliau mewakili negara didalam 3rd Asean Skill Competition. Sesungguhnya adalah menjadi menjadi satu impian dan harapan semua warga ILP semuga apa yang diidamkan dan diimpikan selama ini akan menjadi kenyataan dan seterusnya dapat memberi perangsang kepada pelatih-pelatih lain supaya mencontohi beliau.
|