ILP Melaka Home Page

a


Hubungi Kami
Untuk Keterangan Lanjut

Bayaran

Secara amnya kursus di ILP boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama iaitu :-

  • Tajaan Jabatan Tenaga Rakyat (JTR)
  • Tajaan Majikan
  • Kursus Separuh Masa

Semua pelatih-pelatih tajaan JTR menikmati semua kemudahan latihan dengan percuma. Kemudahan asrama dan makan minum disediakan oleh pihak institut dengan percuma. Disamping itu pelatih-pelatih tajaan JTR juga akan menerima elaun saku sebanyak RM 45.00 sebulan.

Majikan yang menaja pelatih-pelatih ke institut dikehendaki membayar semua perbelanjaan yang dikenakan. Jumlah kasar perbelanjaan yang perlu dijelaskan ialah lebih kurang RM 6000.00 setahun. Nilai ini berubah mengikut kursus yang diikuti.

Yuran kursus separuh masa adalah berbeza-beza mengikut kursus yang diikuti dan jangkamasa kursus tersebut. Walabagaimanapun kursus separuh masa ini dijalankan atas dasar Skim Bantuan Latihan ataupun skim PROLUS. Dengan adanya skim-skim ini akan meringankan bebanan majikan untuk membayar yuran-yuran kursus akan diikuti. Majikan yang berdaftar dengan HRDC akan menikmati 'potongan' harga sebanyak 75-85% daripada jumlah sebenar yuran kursus.